Today is a big day for my son Farouk and my daughter in law . I quietly welcome Zahnita to the family and wish them everlasting happiness, till Jannah.
This picture and the write up below is credited to popular content creator "abang kepoh"
ABANG KEPOH
Selepas melalui pelbagai fasa dalam kehidupan, pelakon dan peragawati, Zahnita Wilson, akhirnya kembali bergelar isteri dan menyifatkan momen bahagia itu sebagai satu rezeki yang cukup indah.
Zahnita atau nama lengkapnya, Zahnita Dorothy Hussein
Wilson, 41, mengakui tidak menyangka akan bertemu jodoh semula dalam tempoh
yang begitu cepat.
Namun, dia bersyukur apabila segala urusan pernikahannya
bersama Farouk Osman Yunus, 46, dipermudahkan.
“Alhamdulillah saya sangat bersyukur majlis akad nikah saya
berjalan dengan lancar. Allah permudahkan segalanya.
“Sebenarnya saya masih ‘digest’ dengan apa yang berlaku hari
ini. Selepas apa yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini, saya anggap momen
ini seperti pelangi yang hadir selepas ribut taufan,” katanya.
Lebih istimewa, kebahagiaan Zahnita turut dikongsi bersama
tiga anak perempuannya, Zahfareena,Zasharayna dan Zahlia Syawwal,
Kehadiran mereka menjadikan hari bahagia itu semakin
bermakna apabila ketiga-tiganya turut membantu sebagai ‘dulang girl’ dalam
majlis pernikahan.
“Saya sangat gembira tiga orang anak perempuan saya ada
bersama dengan saya hari ini,” ujarnya.
Sementara itu, Farouk yang kini sah bergelar suami Zahnita
turut meluahkan rasa cintanya terhadap wanita pilihan hati itu.
Menurut lelaki yang bekerja dalam sektor kewangan tersebut,
Zahnita bukan sekadar memiliki kecantikan, sebaliknya merupakan seorang sahabat
yang amat bermakna buat dirinya.
“Saya mencintainya bukan kerana kecantikannya. Dia lebih
daripada itu. Dia sahabat saya,” katanya dalam nada sebak.
Bagi soal zuriat pula, pasangan ini menyerahkan sepenuhnya
kepada rezeki dan ketentuan Tuhan. Mereka tidak menolak sekiranya dikurniakan
cahaya mata pada masa akan datang.
“Mungkin bukan dalam waktu terdekat ini. Tetapi kami tak
menolak sekiranya diberikan rezeki,” kata Zahnita.
Untuk bulan madu, Zahnita dan Farouk masih belum menentukan
destinasi dan kini sedang mencari lokasi yang sesuai untuk menikmati masa
bersama sebagai pasangan suami isteri.
Terdahulu, Zahnita dan Farouk selamat diijabkabulkan dengan
sekali lafaz pada pukul 11.25 pagi dalam sebuah majlis sederhana yang hanya
dihadiri keluarga terdekat.
Semoga bahagia yang hadir kali ini terus menjadi lembaran
indah buat Zahnita dan Farouk dalam melayari kehidupan bersama.

No comments:
Post a Comment